Suara

Peristiwa
6/6/24
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Lebih 30,000 peniaga daftar PLATS, kembang niaga, perluas capaian pasaran


SHAH ALAM, 5 JUN: Seramai 30,781 peniaga berdaftar dengan Platform Selangor (PLATS) setakat 31 Mei lalu untuk mengembangkan perniagaan dan meluaskan capaian pasaran.

Dato’ Menteri Besar berkata program yang mula diperkenal pada 2020 kini berhasil memberi manfaat kepada puluhan ribu usahawan terutama kategori perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“PLATS menjadi respon segera ketika kita berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membuatkan peniaga terutama PMKS terkesan kini berhasil membantu kelangsungan usahawan kategori ini.

“Dengan (berdaftar) dalam program seperti ini akan memberi peluang kepada negeri untuk merencana dan meneruskan aktiviti pemerkasaan penjaja.

“Kita mahu memperkasa penjaja bukan dengan langkah populis. Kita mahu perkenalkan dan besarkan potensi perniagaan mereka,” kata Amirudin Shari ketika berucap pada majlis peluncuran logo PLATS Biaya di sini hari ini.

Ditemui media selepas majlis berkenaan, Amirudin berkata pentadbirannya melihat secara keseluruhan aspek pemerkasaan usahawan bagi memastikan mereka terus berdaya saing termasuk mendepani ekonomi digital.

“Selepas ini kita akan tengok lagi apa yang boleh memperkasa mereka untuk terus menyokong dan mengembangkan perniagaan mereka khususnya ke arah pendigitalan,” katanya.

PLATS diperkenal pada 2020 bagi melengkapkan ekosistem agenda pendigitalan Selangor susulan penularan Covid-19 dan ditambah baik bagi memastikan peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.