Selangor Kini: Konvoi bantuan ke Gaza diserang, Malaysia kecam tindakan Israel
PUTRAJAYA, 2 MEI: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata rejim Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan memastikan laluan selamat untuk konvoi bantuan kemanusiaan itu.
“Kegagalan untuk menyediakan laluan selamat mencerminkan pengabaian sepenuhnya oleh rejim Israel dalam menjalankan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Ini jelas menunjukkan rejim itu tidak peduli apabila penerokanya melakukan tindakan keganasan,” kata Wisma Putra.
Ia berkata masyarakat antarabangsa mempuyai tanggungjawab bersama untuk memastikan perlindungan orang awam dan memaksa Israel supaya segera menamatkan pendudukan haram dan keganasan terhadap warga Palestin.
— BERNAMA