Inisiatif

Peristiwa
25/5/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Kerjasama Jais – Hijrah bantu usahawan teroka potensi produk halal

PETALING JAYA, 24 MEI: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menawarkan Kursus Persediaan Persijilan Halal bagi meningkatkan nilai pasaran produk usahawan.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata program kali pertama diadakan tahun ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Program ini untuk menggalakan usahawan merebut peluang mendapatkan sijil halal memandangkan potensi halal negeri semakin berkembang.

“Mereka akan diberi pendedahan mengenai industri halal di Selangor. Hijrah juga mengajar teknik pemasaran melalui media sosial untuk memastikan perniagaan lebih maju,” katanya.

Rodziah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Kursus Persediaan Persijilan Halal Hijrah Selangor 2023 di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Menurut beliau, kursus berkenaan akan diperluas kepada pengusaha bukan Islam untuk menggalakkan mereka meneroka potensi pertumbuhan produk halal dalam perniagaan.

“Hijrah Selangor merupakan platform agensi kerajaan sejak 13 tahun dahulu, sudah sampai masa untuk mengembangkan khidmat melalui penyediaan latihan,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.