Media

Peristiwa
27/1/23
Isu
Selangor

Selangor Kini: Kaunter bantuan sekolah DUN Sungai Tua dibuka Ahad ini

SHAH ALAM, 26 JAN: Orang ramai boleh memohon Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) Ahli Si Manja Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bagi kelahiran 2016 di Dewan Rakyat Batu Caves Ahad ini.

Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua memaklumkan kaunter serahan borang dibuka dari 10 pagi hingga 4.30 petang dan hanya ibu atau bapa digalak hadir bagi mengelak kesesakan.

“Wajib memuat turun aplikasi Yayasan Anak Warisan Selangor (Yawas) di telefon pintar atau melayari http://rms.yawas.ny/member/Register untuk mendaftar pengenalan diri dan kata laluan bagi urusan penebusan PBMS,” katanya di Facebook.

Tawas yang diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dilancarkan secara rasmi sempena sambutan Ambang Merdeka peringkat Selangor pada 30 Ogos 2008.

Program ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu dilakukan sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli Tawas menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.