Inisiatif

Peristiwa
6/4/22
Selangor
Bantuan
Perayaan

Selangor Kini: Jual ayam murah, peniaga Pasar Borong Selangor dapat subsidi sewa tapak

SUBANG JAYA, 5 APRIL: Peniaga ayam di Pasar Borong Selangor yang menyertai Program Intervensi Harga Makanan Ehsan dengan jualan RM8 sekilogram menerima subsidi sewa lot premis.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata insentif itu memanfaatkan 22 peniaga sejak permulaan program awal Februari lalu.

“Kita minta peniaga menjual ayam pada harga RM8 sekilogram berbanding RM8.90 di pasaran tetapi 90 sen yang membezakan itu kita kecualikan sewaan (lot) mereka.

“Ia dipanggil subsidi silang dan bukannya kita merugikan peniaga. Mereka tetap ambil ayam daripada pembekal masing-masing, cuma dijual pada harga siling kita,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan hanya lima peniaga masih menyertai program berkenaan setakat ini.

Kerajaan Selangor menjual ayam standard dengan harga siling RM8 sekilogram bermula 7 Februari lalu bagi mengurangkan beban kenaikan harga barang makanan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penjualan 50,000 ekor ayam dijalankan di Wisma PKPS dan Pasar Borong Selangor, yang turut diperluas ke seluruh negeri berikutan sambutan baik.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.