Selangor Kini: Jom sertai saringan kesihatan percuma di dua lokasi hujung minggu ini
SHAH ALAM, 5 JUN: Kerajaan Negeri menganjurkan program saringan kesihatan percuma di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat dan Seri Serdang hujung minggu ini, dari 9 pagi hingga 3 petang.
EXCO kesihatan berkata orang ramai khususnya yang tinggal kawasan berhampiran dipelawa menyertai inisiatif Selangor Saring di Dewan Jubli Emas Kampung Endah, Banting (8 Jun) dan Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Serdang (9 Jun).
Jelas Jamaliah Jamaluddin, program itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser, mata, telinga dan gigi.
“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Bandar Utama. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma.
“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.
“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya Facebook.
Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.
Program diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.