Inisiatif

Peristiwa
18/12/23
Isu
Banjir
Bantuan

Selangor Kini: Hampir 7,000 kakitangan KDEBWM sedia bantu operasi pascabah

SHAH ALAM, 16 DIS: Hampir 7,000 kakitangan KDEB Waste Management (KDEBWM) sedia membantu operasi pascabah sekiranya berlaku banjir susulan fenomena Monsun Timur Laut ketika ini.

Pengarah urusannya Dato’ Ramli Tahir berkata jumlah melibatkan pekerja dari semua jabatan dengan jumlah terbesar melibatkan lebih 6,000 pekerja am serta 550 pemandu Armroll atau Roll-On-Roll-Off (RORO).

“Ini untuk pembersihan awam selepas pascabah. Kakitangan sentiasa bersedia pada bila-bila masa mengikut keperluan operasi pembersihan pascabah.

“Semua 550 RORO juga sudah dipastikan dalam keadaan baik dan boleh bergerak ke semua kawasan kendalian KDEBWM yang terjejas,” katanya kepada Selangorkini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan MTL 2023/2024 atau musim tengkujuh bermula November dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Sebagai persediaan, Kerajaan Negeri menyediakan 10,000 pek bantuan asas merangkumi makanan kering dan keperluan harian bagi menjaga kebajikan semua mangsa.

Pentadbiran turut meminta pasukan bomba, tentera serta Angkatan Pertahanan Awam menyediakan aset serta memastikannya dalam keadaan baik supaya kerja menyelamat berjalan lancar.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.