Media

Peristiwa
24/4/24
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Bantuan anak istimewa ringankan beban, tampung belanja ibu bapa sedia keperluan

HULU SELANGOR, 23 APRIL: Terharu menerima bantuan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM5,000, Norliyana Jaraee, 36, berhasrat menyediakan kelengkapan kerusi roda untuk anak perempuannya yang menghidap Scoliosis (tulang belakang kecik) sejak lahir.

Berkongsi pengalaman membesarkan anak istimewa, Norliyana berkata Dayangku Siti Norbanisya, 9, yang turut mengalami Microcephaly Syndrom (kepala kecik) dan Dyrk1a syndorm (lambat pertuturan) amat memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan termasuk ke pusat perubatan.

“Kos kerusi roda ini agak tinggi namun amat diperlukan untuk memudahkan pergerakan anak saya ke Hospital Selayang dan Hospital Tunku Azizah setiap bulan bagi tujuan rawatan.

“Bantuan ANIS bernilai RM5,000 ini sangat meringankan beban saya memandangkan hanya suami yang bekerja. Kami juga perlu mengeluarkan kos antara RM300 hingga RM500 setiap bulan untuk rawatan,” katanya.

Beliau antara enam penerima Bantuan Khas ANIS yang disampaikan oleh EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari di Pusat Khidmat Masyarakat Kuala Kubu Baharu di sini, hari ini.

Perkara sama turut dikongsikan, Mohd Fuad Talib, 42, bapa kepada Ahmad Zaki Fuad, 15, yang mengeluarkan kos hingga RM1,000 untuk kelas berenang buat anaknya yang menghidap autisme.

“Anak saya tidak mempunyai keyakinan diri dan kurang bergaul. Saya hantar anak belajar berenang di Ideas Autism, Bukit Templer, Rawang namun pembelajaran di sana terhenti disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan bantuan ANIS bernilai RM2,000 akan saya gunakan untuk kelas pembelajaran di Pusat Sukan Hawary, Wangsa Maju yang menelan kos RM300 sebulan. Kelas berenang kaedah terbaik untuk membantu anak saya memandangkan sifat autisme suka pada air,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.