Selangor Kini: 9,227 pekerja p-panggilan dapat sumbangan RM500, caruman KWSP
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/64b5f6079702a68a95d9180f_amirudin-shari-com-SK-KWSP.jpg)
“Kita sasarkan 11,000 pekerja p-panggilan dibantu menerusi skim RiDE dalam tempoh dua tahun ini sebelum program dikembangkan kepada golongan e-panggilan.
“Usaha ini membuktikan Kerajaan Selangor cakna dan prihatin kepada semua pihak. Kita tidak mahu ada golongan yang tercicir dari menerima manfaat,” kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.
RiDE diwujudkan selepas Kerajaan Negeri melihat keperluan melindungi pekerja sektor p-panggilan berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu terutama selepas penularan wabak Covid-19.
Tahun ini Kerajaan Negeri memperuntuk RM2 juta bagi membantu lebih 3,000 pekerja p-panggilan dengan setiap daripada mereka menerima wang tunai RM500 serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50.
Berikutan permohonan menggalakkan, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu lebih ramai lagi pekerja industri berkenaan.