Selangor Kini: 3,000 peserta RiDE terima manfaat caruman KWSP, skim insurans percuma
GOMBAK, 13 NOV: Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) tahun ini ditambah baik dengan tambahan RM50 untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dato’ Menteri Besar berkata 3,000 pekerja p-panggilan menerima manfaat tersebut iaitu tambahan kepada subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350 dan kursus p-panggilan bernilai RM150.
Ia bermakna setiap peserta menikmati bantuan keseluruhan RM550.
Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, peserta RiDE juga didaftarkan sebagai penerima skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang memberi perlidungan berjumlah RM10,000.
“Akhir bulan ini kita akan beri lagi kepada 2,800 peserta di daerah lain. Sekiranya ada sambutan kita akan laksanakan lagi tahun depan, tahun ini kita peruntuk RM2 juta bagi menjayakannya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas selepas menyerahkan bantuan RiDE kepada 200 penunggang p-panggilan di sini, hari ini.
Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk RM2 juta untuk meneruskan inisiatif RiDE susulan permohonan memberangsangkan dalam kalangan belia penghantar makanan.