Suara

Peristiwa
17/11/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: 20,000 kupon digital diedar sempena Kempen PLATS Masuk Pasar

SHAH ALAM, 16 NOV: Sebanyak 20,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM5 akan diedar kepada pengunjung sempena Kempen PLATS Masuk Pasar (PMP) mulai Ahad ini.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata kempen Platform Selangor (PLATS) selama dua bulan itu berlangsung di 12 lokasi terpilih seluruh negeri.

Menurut Norita Mohd Sidek, program tersebut dianjur bagi menggalakkan peniaga berdaftar di PLATS selain meningkatkan promosi platform maya itu kepada orang ramai.

“Semasa Kempen PMP sebanyak 20,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM5 akan diedarkan kepada pengunjung pasar. Mereka boleh menebus kupon tersebut pada tarikh jelajah pasar diadakan.

“Ia merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat MBI Selangor untuk meringankan beban pengguna dan peniaga menerusi platform PLATS,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Senarai lokasi dan tarikh jelajah pada Disember akan dimaklumkan dalam masa terdekat menerusi media sosial MBI Selangor dan PLATS.

PLATS diperkenal pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan perusahaan kecil mikro sederhana (PMKS) untuk mengadaptasi digitalisasi dalam perniagaan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.