Selangor Havoc Raya Fest 2025
Memang betul havoc di Selangor Havoc Raya Fest 2025! Semalam saya sempat hadir dan merasmikan festival Havoc Raya yang berlangsung selama 108 jam tanpa henti, bermula dari 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC).
Ada lebih 150 reruai yang menampilkan usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk persiapan raya dan makanan istimewa untuk para pengunjung. Selain itu, Selangor Havoc Raya Fest 2025 akan dimeriahkan dengan kehadiran 30 artis dan pempengaruh terkenal yang akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan eksklusif.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor memberi sokongan penuh terhadap festival sebegini yang memperkasakan keusahawanan tempatan dan membantu merancakkan ekonomi negeri melalui industri festival.
Tahniah kepada semua yang menjayakan festival ini. Kepada seluruh rakyat Selangor, jom shopping raya di Selangor Havoc Raya Fest 2025.




