Suara

Peristiwa
31/12/20
Isu
Selangor

Selamat Menyambut Tahun Baru 2021

Tahun 2020 sentiasa akan tercatat dalam lipatan sejarah sebagai tahun yang begitu mencabar. Serangan pandemik COVID-19, pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan serta kelembapan ekonomi menyebabkan banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan. Syukur Alhamdulillah, berkat kegigihan dan semangat yang kental kita telah harungi semua cabaran bersama, kita kekal kukuh di sini dan bakal melangkah masuk ke tahun seterusnya.

Doa saya agar tahun 2021 memberi seribu sinar yang bermakna kepada seluruh rakyat, membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Negeri Selangor sebagai negeri ulung kekal unggul di persada tanahair.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2021.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.