Selamat Menyambut Hari Pekerja
Penglibatan dan peranan dimainkan oleh warga pekerja adalah cukup besar. Selangor merekodkan sekitar 3.5 juta orang pekerja sebagai tulang belakang pembangunan negeri - terlibat dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, kesihatan dan sebagainya.
Alhamdulillah, kita tekad membela kebajikan pekerja dengan melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 1, 2 dan 3 serta Pakej Kita Selangor bagi melegakan beban ekonomi selepas berlakunya pandemik COVID-19. Kerajaan Negeri Selangor juga menggerakkan pelbagai inisiatif dalam pengupayaan modal insan agar dapat memberi nilai tambahan kepada warga pekerja bagi melengkapi landskap industri yang kini sedang bergerak merentasi Revolusi Industri 4.0.
Dalam mendepani cabaran pandemik ini, kebajikan dan keselamatan warga pekerja adalah penting bagi memastikan keseimbangan antara kehidupan dan ekonomi iaitu ‘life and livelihood’. Antara sebab itu Kerajaan Negeri melaksanakan Program Preventing Outbreak at Ignition Site (POIS) bagi memastikan industri dan ekonomi dapat berjalan dan mengelakkan dari tercetus kluster tempat kerja.
Selamat Hari Pekerja, terima kasih atas jasa dan perkhidmatan anda semua!
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor