Selamat Menyambut Hari Orang Kurang Upaya 2020
OKU Berdaya Negeri Sejahtera adalah tema utama yang menjadi agenda besar Kerajaan Negeri Selangor.
Pembangunan Negeri menjadi bermakna apabila golongan Orang Kurang Upaya (OKU) diperkasakan. Isu OKU bukan sekadar kebajikan tetapi merangkumi kesihatan, pendidikan, undang-undang, peluang kerjaya dan kemudahan infra yang selesa.
Bagi 2021, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM3.25 juta bagi keseluruhan program dan pemberdayaan OKU meliputi pelbagai inisiatif.
Buat warga Selangor, Selamat Menyambut Hari Orang Kurang Upaya 2020.