Selamat Menyambut Hari Belia Negara
Hari ini adalah Hari Belia Negara - hari untuk meraikan generasi masa depan yang kini sedang mewarnai landskap negara. Peranan belia juga sangat kritikal dalam pembentukan Selangor ke arah negeri pintar perdana Asean pada 2025.
Sebagai arkitek negara, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menghargai tenaga, idea dan semangat muda dalam pelbagai lapisan pentadbiran. Sering diungkapkan sebagai pemimpin masa depan, maka Selangor sering meletakkan belia di hadapan supaya negeri ini sentiasa dipacu dengan visi yang tidak lapuk ditelan zaman.
Kerajaan Negeri sememangnya galak melabur dalam pembangunan belia merangkumi pelbagai bidang supaya lebih ramai pemimpin masyarakat Selangor dapat dilahirkan. Satu pesanan buat belia - the future is now. Teruskan bersama Selangor kerana ini adalah negeri masa hadapan.
Dekad ini, dekad anda. Selangor ini milik anda.