Selamat Hari Wesak
Selamat Hari Wesak buat para penganut agama Buddha di Selangor dan juga seluruh Malaysia. Hari Wesak merupakan perayaan penting bagi penganut agama Buddha yang melambangkan pencerahan selepas melalui kegelapan -- ianya simbolik dengan perjalanan hidup Gautama Buddha secara amnya.
Pada hari Wesak, penganut agama Buddha di negeri Selangor akan mengunjungi kuil-kuil untuk memberi penghormatan kepada Gautama Buddha serta melafazkan Tisarana sebagai tanda memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran dan contoh Buddha. Saya doakan semua proses ibadah dan upacara mereka yang menyambut perayaan ini berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Ianya satu lumrah di Negeri Selangor di mana masyarakat berbilang kaum dan agama meraikan perayaan dengan meriah dan harmoni.
Mewakili Kerajaan Negeri Selangor, saya ucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh komuniti Buddha di Selangor dan Malaysia.