Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia
Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut setiap tahun, inilah peluang untuk kita memahami perspektif dunia dari kacamata golongan istimewa ini. Memahami adalah langkah penting sebelum kita membantu.
Kerajaan Negeri Selangor terus cakna dan prihatin kepada golongan istimewa ini dengan mewujudkan pelbagai bantuan. Menerusi inisiatif Anak Istimewa Selangor (ANIS), kita menawarkan Didik ANIS, Cikgu ANIS, Akademi ANIS serta Bantuan Khas Anis. Kesemua program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran serta membantu golongan istimewa ini di peringkat keluarga, pendidikan dan masyarakat.
Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia.
#KitaSelangor
#SelangorMajuBersama
__
Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor