Selamat Hari Kanser Sedunia
Hari Kanser Sedunia disambut untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang risiko penyakit ini serta langkah-langkah pencegahan awal yang boleh diambil.
Statistik menunjukkan lebih dari separuh kematian berkaitan kanser berlaku akibat lewat mendapat rawatan iaitu apabila barah sudah berada pada tahap 3 dan 4.
Dengan tema Saya Akan dan Saya Boleh, Hari Kanser Sedunia 2021 serta Bulan Kesedaran Kanser sepanjang Februari diadakan agar dapat mendidik dan mengingkatkan kesedaran orang ramai tentang risiko penyakit kanser, cara-cara mengesan tanda awal secara kendiri serta ujian awal yang dilaksanakan di klinik dan hospital.
Peratus kesembuhan adalah tinggi jika dikesan lebih awal dengan membuat ujian saringan awal dan mengamalkan gaya kehidupan sihat seperti kerap bersenam, tidak merokok, serta menjaga pemakanan sihat.
Selamat Hari Kanser Sedunia 2021.
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor