Selamat Hari Belia Sedunia 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Golongan belia merupakan salah satu faktor malah penyumbang utama inovasi negeri ini. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menitikberatkan kebajikan anak-anak muda Selangor, kerana mereka inilah yang bakal menerajui pimpinan Selangor pada masa akan datang. Inisiatif seperti SELDEC dan RiDE digerakkan demi memberi daya dan peluang menjana pendapatan khusus buat anak muda Selangor.
Dekad-dekad seterusnya merupakan milik warga belia, jadi saya harapkan warga belia Selangor dapat merebut peluang-peluang yang ada untuk melibatkan diri dengan masa depan negeri ini, samada secara langsung atau memberi sokongan kepada rakan seperjuangan. Kerana tanpa semangat anak muda Selangor, kita pasti gundah di tengah pelayaran.
Pandangan dan sumbangan dari golongan belia amat saya hargai, input dan tenaga dari generasi yang lebih muda memberi saya semangat untuk terus berjiwa kental demi berkhidmat kepada warga Selangor dikasihi.
Selamat Hari Beli Sedunia 2020 buat warga belia Selangor dan Malaysia. Semoga Selangor kekal cemerlang, hari ini dan esok dengan sokongan anak-anak Selangor.
#HariBeliaSedunia2020