Selamat Hari Bapa 2021
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada insan mulia bergelar ‘Bapa’, ‘Ayah’ mahupun ‘Abah’. Pengorbanan dan jasa mereka sangat besar nilainya, demi kesejahteraan kehidupan insan yang tercinta. Kecekalan mereka menjadi inspirasi dan motivasi.
Selamat Hari Bapa juga buat ayah saya, Shari Mokhsin dan ayah mertua saya iaitu Muhamad Yahya. Semoga Allah SWT memelihara kesihatan dan memberkati kehidupan mereka.
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor