Inisiatif

Peristiwa
5/11/23

Sambutan Perayaan Deepavali di Dataran Klang @ Padang Chetty.

Semalam saya bersama ribuan rakyat Selangor meraikan Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Negeri Selangor di Dataran Klang @ Padang Chetty.

Saya berkesempatan menyampaikan cek sumbangan yuran kemasukan ke institusi pengajian tinggi bagi pelajar komuniti India B40 kepada 104 pelajar berjumlah RM590 ribu. Bantuan turut diserahkan kepada 53 kuil berjumlah RM515 ribu.

Saya berharap perayaan Deepavali tahun ini dapat disambut dengan penuh meriah di samping keluarga dan rakan-rakan. Selangor, sebuah negeri yang rencam dan pelbagai, adalah contoh keunikan budaya rakyat Malaysia.

Perpaduan sebagai asas pembinaan bangsa dan negara harus sentiasa dipertahankan dan diraikan.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.