Sambutan Hari Malaysia ke-60 di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak
Alhamdulillah berkesempatan menyambut undangan meraikan sambutan Hari Malaysia ke-60 di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak, yang dirasmikan oleh YAB PMX @anwaribrahim. Turut bersama adalah Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.
Sambutan yang begitu meriah pada hari yang penuh bersejarah apabila kita mula masuk ke dekad ke-7 sebagai negara bangsa yang diasaskan kekuatan pelbagai latar belakang etnik dan fahaman. Kekuatan ini tidak boleh diambil mudah dan ringan. Ini harus dipertahankan dan dipelihara.




