Sambutan Hari Kebangsaan ke 66 Peringkat Negeri Selangor
Saya amat gembira melihat lebih 10 ribu rakyat Negeri Selangor dari pelbagai bangsa, agama dan lapisan umur berduyun-duyun ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam bagi Sambutan Hari Kebangsaan ke 66 Peringkat Negeri Selangor.
Persembahan yang gilang gemilang serta perarakan yang disertai pelbagai agensi, anak syarikat, badan berkanun dan unit uniform serta petugas keselamatan Negeri Selangor.
Lautan warga Selangor mengambil peluang menghayati tema sambutan Malaysia MADANI, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dalam kebersamaan dan kesepaduan memeriahkan acara sambutan peringkat Negeri Selangor yang penuh meriah.
Hari Kemerdekaan ke-66 ini turut disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan menginsafi diri. Dimulai dengan program Munajat pada waktu petang yang menampilkan pendakwah tersohor, Habib Ali Zaenal Abidin dan turut disertai ratusan pelajar dari sembilan pusat tahfiz mewakili setiap daerah.
Ayuh, hayati erti kemerdekaan yang telah kita nikmati selama 66 tahun ini. Merdeka! Merdeka! Merdeka!