Sambutan Aidiladha 1441H bersama warga Gombak
Syukur Alhamdullilah Aidiladha 1441H ini cukup bermakna bagi warga Gombak. Saya telah berkesempatan bersama menyambut Aidiladha bermula dengan menyampaikan khutbah Aidiladha di Masjid AnNur Wira Damai, Kg. Melayu Wira Damai, Batu Caves.
Selesai sahaja menunaikan solat sunat Aidiladha kami melaksanakan ibadah korban dan pembahagian daging korban kepada golongan memerlukan.
Seterusnya, saya langsung ke Kampung Sungai Pusu dan Kampung Sungai Chincin untuk menyempurnakan ibadah korban dan pengagihan daging
Usai acara korban, saya menunaikan Solat Jumaat di Surau An-Nasihin di Kampung Sungai Kertas dan menyampaikan bantuan kepada beberapa masjid.
Perayaan Aidiladha kali ini amat bermakna dan cukup bersejarah dengan langkah-langkah pencegahan yang diambil dan pematuhan SOP.
Semoga kita semua mendapat hidayah-Nya dalam melengkapi ibadah kita.
#Aidiladha1441H
#SelangorMajuBersama