Inisiatif

Peristiwa
5/4/25
Isu
Selangor
Negara
Putra Heights

Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor esok dibatalkan

Setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor serta persetujuan YAB Perdana Menteri, saya dengan ini mengumumkan bahawa Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor esok dibatalkan. Segala persiapan seperti makanan akan disalurkan kepada PPS, rumah anak anak yatim, sekolah berasrama serta petugas keselamatan.

Keputusan ini diambil kira bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights.

Mewakili seluruh warga Kerajaan Negeri, saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul susulan pembatalan ini demi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights.

Sekalung penghargaan buat seluruh pasukan petugas dan pelaksana Majlis yang bertungkus lumus memastikan majlis ini boleh berjalan sebagaimana matlamat, namun saya sangat menghargai persefahaman bersama demi maslahah yang lebih utama.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita juga dalam bersolidariti membantu mangsa dan semua pihak jua.

May be an image of text that says 'DIBATALKAN DIBATALKAN'
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.