Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ke-4
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ke-4 berkaitan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights. Selain daripada beberapa ketetapan yang telah diputuskan, saya juga ingin mengulas beberapa perkara penting. Antaranya ialah :
1) Memandangkan Isnin adalah permulaan hari persekolahan, saya telah mengarahkan agar kenderaan disediakan bagi urusan hantar / pulang pelajar sekolah yang tinggal di PPS.
2) Tarikh pendaftaran dipanjangkan hingga hari Ahad (6/4) bagi mangsa untuk mendaftar bagi mengelak keciciran.
3) Mengulas isu jengkaut / excavator. Tidak timbul isu saya sorokkkan fakta atau melindungi sesiapa. Saya hanya menyatakan fakta yang dimaklumkan pada hari pertama kejadian. Ketika itu, saya sudah diberi maklum oleh Ketua Polis Selangor bahawa kemungkinan jentolak / excavator itu tertimbus tapi belum sahih. Oleh itu saya tidak mahu mendahului siasatan dan menimbulkan spekulasi yang akan menganggu siasatan. Sejak hari pertama arahan saya adalah jelas - siasatan dilaksanakan dengan telus dan terperinci.




