Suara

Peristiwa
23/5/24
Selangor

RTM: Proses pemutihan tahfiz persendirian di Selangor hampir selesai

SHAH ALAM, 21 Mei - Proses pemutihan Maahad tahfiz persendirian di Selangor hampir selesai dan kini hanya menunggu kelulusan daripada pihak bomba berkaitan aspek keselamatan.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tumpuan kini mendapatkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan, CF khususnya premis bertingkat bagi memenuhi kriteria ditetapkan.

"Kekangan yang besar di tahap bomba di tahap PBT Kesihatan telah selesai. di tahap bomba kosnya agak besar sebab untuk mendapatkan "Fire Certificate saya masih ingat bangunan yang besar yang bertingkat memerlukan khidmat nasihat dan ini agak mencabar beberapa tahfiz untuk berunding dengan Jabatan bomba aspek keselamatan.

"Itu penting, jadi kita tinggal selesaikan hal itu yang hal perunding kesihatan kebanyakannya sudah berjaya dipenuhi oleh para Maahad tahfiz", katanya demikian selepas Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor di sini, hari ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.