Inisiatif

Peristiwa
5/1/24
Selangor

RTM: Kerajaan Selangor cadang jadikan rumah keluarga Sidek Rumah Warisan

SHAH ALAM, 4 Januari- Kerajaan negeri Selangor bercadang untuk menjadikan rumah keluarga Datuk Mohd. Sidek Abdullah Kamar di Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat sebagai rumah warisan.

Exco Kebudayaan Selangor Borhan Aman Shah berkata, bagi tujuan itu pihaknya akan berbincang dengan Datuk Misbun Sidek dan juga  Kementerian Pelancongan, Kesenian  dan Kebudayaan (MOTAC) sebagai langkah memastikan khazanah warisan berkenaan dipelihara bagi tatapan generasi akan datang.


"Saya melihat ramai pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negara turut hadir untuk melihat sejarah rumah ini.

"Jadi kita cadangkan kepada keluarga Datuk Sidek ini iaitu melalui Datuk Misbun supaya kita diberi peluang bersama-sama dengan MOTAC dan Muzium Negeri Selangor  untuk mencadangkan agar rumah berkenaan dijadikan rumah warisan.

"Rumah warisan ini harta hak milik tu masih lagi kekal kepada keluarga Sidek tetapi dari segi penyelenggaraan dan apa juga persiapan di situ di bawah MOTAC dan juga Muzium", kata Borhan yang ditemui pada Pameran Anak-anak Sidek yang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah di sini.

Pameran selama enam bulan bermula 1 November lalu itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai khususnya, peminat badminton melihat pelbagai koleksi piala, pingat, gambar dan barangan milik anak-anak allahyarham Datuk Sidek Abdullah Kamar.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.