Rewang Mantai Anak Muda
Dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, di Gombak meriah dengan program Rewang Mantai Anak Muda yang dianjurkan oleh AMK Selangor. Turut hadir sama saudara Kamil Munim, Timbalan Ketua AMK Malaysia dan YB Izuan Kasim, Ketua AMK Selangor. 3 ekor lembu dan seekor kambing ditumbangkan untuk diagihkan kepada kepada asnaf sekitar Gombak dan DUN Sungai Tua.
Pada majlis yang sama saya turut menyampaikan sumbangan daripada syarikat swasta dan sumbangan peribadi kepada lebih 80 kanak-kanak dan asnaf. Sumbangan berbentuk baju raya, bantuan makanan dan duit raya.
Alhamdulillah, sudah di penghujung Ramadan, namun masih berpeluang untuk menambah keceriaan mereka yang memerlukan.




