Inisiatif

Peristiwa
11/4/22
Isu
Selangor

PUSAT KEHIDUPAN BERDIKARI (ILC) SELANGOR

Ramai ibu bapa kepada anak orang kelainan upaya (OKU) yang menyatakan kebimbangan mereka dengan hala tuju anak selepas tamat sekolah. Perkara ini diambil serius oleh Kerajaan Negeri dan telah menubuhkan Pusat Kehidupan Berdikari (ILC) untuk membantu.

ILC akan menyediakan latihan terutamanya dalam bidang vokasional kepada kumpulan OKU yang tamat persekolahan di bawah program pendidikan khas. Bakat dan kemahiran mereka akan ditingkatkan sebaik mungkin agar berpeluang memperolehi pekerjaan seusai tamat sesi persekolahan.

Sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk mewujudkan pusat ini. Usaha Kerajaan Negeri ini diharap dapat digarap serta dibantu oleh segenap kelompok masyarakat.

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.