Inisiatif

Peristiwa
27/3/25
Isu
Selangor
Negara

Program Singgah MADANI

Berkunjung ke Mydin Subang Jaya bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam Program Singgah MADANI yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama KPDN.

Bukan sekadar untuk mendekati dan menyapa rakyat, tetapi program ini juga bukti kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memastikan harga barang terkawal dan bekalan mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri. Turut berlangsung, Kempen Penurunan Harga Barangan dan Program Jualan Rahmah di Mydin dan seluruh negara menjelang musim perayaan ini.

Alhamdulillah, tinjauan harga barang di Mydin tadi didapati terkawal dan tiada kenaikan harga. Tahniah kepada Mydin. Namun, jika terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah, jangan lupa laporkan kepada KPDN untuk pemantauan segera.

Insya-Allah, usaha berterusan semua pihak seperti ini adalah manifestasi komitmen kerajaan dalam menyediakan solusi terbaik bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kenaikan harga barang menjelang perayaan.

#KitaSelangor

#Ramadan

#MalaysiaMADANI

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.