Program Sentuhan Agro MADANI
Saya bersama-sama dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Mohamad Sabu hadir dalam Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor di MSekin Wonderland, Sekinchan. Program ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Di bawah Kerajaan Perpaduan, keterjaminan bekalan makanan adalah keutamaan yang penting. Memastikan rakyat Malaysia mempunyai bekalan makanan yang cukup dengan harga yang berpatutan.
Di Selangor, Kerajaan Negeri telah mengorak langkah sejak zaman pandemik lagi bagi memastikan tahap ‘food supply’ mencukupi untuk rakyat negeri Selangor. Pentadbiran ini mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk bekalan makanan rakyat bagi menjamin kehidupan yang sejahtera.
Antaranya dengan usahasama di antara PKPS dan Kerajaan Negeri Sembilan serta perancangan rapi pihak PKPS melalui pertanian moden untuk bekalan makanan.
Kerajaan Negeri turut melaksanakan dasar pemberian benih buat para petani dan pesawah, bantuan baja dan pelbagai lagi usaha memastikan golongan petani, pesawah dan nelayan dibantu.
Selain itu, tuaian padi di Sekinchan turut meningkat dengan mendadak. Sekinchan kini merupakan antara jelapang padi utama Malaysia. Alhamdulillah rezeki dan kemakmuran di Selangor terus melimpah.
Di program ini juga pengunjung yang hadir turut berpeluang mendapatkan barangan keperluan dapur di jualan Kombo Madani pada harga RM10 sebakul yang mengandungi produk agromakanan seperti sayur-sayuran, ayam dan lain-lain.
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor