Inisiatif

Peristiwa
24/2/24

Program Rewang di Ampang Jaya

Amalan gotong royong atau rewang popular di kawasan luar bandar terutama ketika ada acara keraian seperti kenduri kahwin, berkhatan dan doa selamat.

Namun kini acara rewang semakin dilupai kerana arus pemodenan yang deras. Menerusi usaha Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan program rewang sekampung, kini ia dikembangkan ke kawasan perumahan strata di bandar.

Saya bersama YB Borhan Aman Shah, EXCO Perumahan & Kebudayaan dan YB Tuan Ir. Izham Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian di Program Rewang di Ampang Jaya hari ini.

Semoga amalan rewang yang mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah sesama kita terus segar dan subur di Selangor.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.