Program Potensi Hari Kanak-Kanak KEMAS Daerah Gombak
Sebagai satu-satunya Menteri Besar di Malaysia yang memegang portfolio pendidikan, masa depan anak-anak di Selangor sentiasa menjadi keutamaan saya. Di Program Potensi Hari Kanak-Kanak KEMAS Daerah Gombak hari ini saya kongsikan komitmen dan ikhtiar Kerajaan Negeri Selangor dalam bidang pendidikan. Bermula dengan bantuan subsidi yuran tadika, tuisyen percuma, program pendidikan anak-anak istimewa, subsidi yuran universiti, program biasiswa universiti tempatan dan luar negara, bantuan kewangan utk mahasiswa dan pelbagai lagi program dirangka bagi memastikan pendidikan adalah tunjang negeri ini. Insya-Allah sekiranya diberikan kepercayaan dan mandat untuk terus mentadbir Selangor, kita akan terus memperkasakan sektor pendidikan demi masa depan Selangor yang gemilang.
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor




