Program Otturamai Ponggal 2024
Saya bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri, Menteri Perpaduan hadir pada Program Otturamai Ponggal 2024 di Padang Chetty bagi meraikan sambutan perayaan Ponggal peringkat kebangsaan.
Pemilihan Selangor sebagai lokasi penganjuran sambutan pesta Ponggal tahun ini adalah bertepatan dengan semangat perpaduan antara berbilang kaum yang menjadi keunikan negeri ini.
Sebagaimana ucapan YAB PMX iaitu dasar Kerajaan Perpaduan adalah untuk semua dalam memastikan keadilan diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Beliau turut berpesan bahawasanya rakyat Malaysia perlu pertahankan semangat perpaduan dan keamanan untuk terus membangunkan negara.