Program Madani Rakyat Zon Tengah
Alhamdulillah Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor telah berlangsung dengan jaya.
Program selama tiga hari bermula Jumaat telah berjaya menarik lebih 130 ribu orang pengunjung sepanjang program berlangsung.
YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Jemaah Menteri Persekutuan turut hadir pada program penutup petang ini.
Insya-Allah sinergi baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor.