Inisiatif

Peristiwa
20/10/22
Isu
Selangor

PROGRAM JOM SHOPPING RAYA DEEPAVALI 2022

Seperti kebiasaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, sambutan perayaan Deepavali tahun ini turut diwarnai dengan pemberian Baucar Jom Shopping. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM8 juta untuk program Jom Shopping tahun ini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah agar sama-sama dapat menikmati kebahagian perayaan. Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat kawasan masing-masing.

Baucar membeli belah bernilai RM100 ini sedang giat diedarkan kepada semua masyarakat India yang layak. Semoga pemberian ini mampu mengukir senyuman setiap warga negeri ketika beraya bersama keluarga kelak.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.