Inisiatif

Peristiwa
4/3/24

Program Dana Usahawan MADANI Selangor

Melancarkan Program Dana Usahawan MADANI Selangor yang merupakan satu usaha berterusan daripada Dana Usahawan Mikro Selangor. Ia turut dikenali sebagai Dana Industri Kampung ketika awal penubuhan.

Skop penerima Dana Usahawan MADANI Selangor kini dikembangkan kepada usahawan-usahawan kreatif supaya usahawan kreatif yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda mampu berkembang dengan bantuan geran daripada kerajaan negeri ini.

Dari 2015 hingga 2023, seramai 1,029 usahawan-usahawa mikro telah mendapat manfaat dengan peruntukan perbelanjaan RM20.6 juta dalam usaha mengupaya dan menaiktaraf perniagaan usahawan-usahawan kecil di negeri ini.

Insya-Allah, kerajaan negeri akan terus memperkasa usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi memenuhi keperluan modal perniagaan mereka.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.