Inisiatif

Peristiwa
25/9/24
Isu
Selangor

PRK Mahkota: Amirudin Shari Beri Sokongan Padu untuk Syed Hussein!

Pecutan Terakhir PRK N.29 Mahkota: Sokongan Padu untuk Syed Hussein

Dengan hanya berbaki dua hari sebelum hari penentuan PRK N.29 Mahkota pada Sabtu nanti, saya menghadiri Ceramah Berkelompok Perpaduan di Flat Haji Manan bagi menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional, Syed Hussein, yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

Syed Hussein, seorang anak muda yang bersemangat dan bertenaga, adalah pilihan terbaik untuk membawa kemajuan dan perubahan lestari kepada masyarakat Mahkota, memastikan keharmonian dan kestabilan berterusan di Johor.

Semangat perpaduan yang utuh adalah cerita yang saya dengar sepanjang berada di Kluang. Pasukan Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan komponen Perpaduan lain bekerjasama erat, berjuang seiring sejalan dalam kempen PRK N.29 Mahkota.

Berbeza dengan Perikatan Nasional yang berpecah belah dan menghadapi isu boikot dalaman, kami dalam Kerajaan Perpaduan terus bersatu, bergerak sederap, dan berpegang kepada semangat kebersamaan untuk memastikan kemenangan.

Saya yakin bahawa masyarakat Mahkota inginkan seorang wakil yang benar-benar memahami aspirasi mereka. Undilah calon No. 1, Syed Hussein, anak muda yang akan meneruskan perjuangan membela rakyat dan membawa Mahkota ke arah masa depan yang lebih baik. Inilah masa kita untuk bersatu dan memilih pemimpin yang berwibawa!

Mahkota Kita!

#AmirudinShari

#DatoMenteriBesarSelangor

#SyedHussein

#MahkotaKita

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.