Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur semalam, melancarkan tiga buku baharu iaitu
i) Imam al Ghazali: Hayat dan Jasa Ilmuwan Ulung karya W Montgomert Watt
ii) Risalah Tentang Kelazatan Yang Tercela (Fakhruddin al-Razi)
iii) Abu Zayd al-Balkhi: Memelihara Jiwa (Malik Badri).
Alhamdulillah saya turut mengumumkan projek terjemahan Siri Warisan Islami yang dimulakan dengan kitab ulung Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.
Saya berharap projek istimewa ini bakal menonjolkan kehebatan ilmuwan Islam serta sumbangannya dalam ketamadunan manusia.
Saya amat gembira melihat para pengunjung PBAKL terdiri dari anak-anak muda. Semoga budaya membaca dan cintakan ilmu terus subur dan murni di kalangan anak-anak muda.


