Pertemuan bersama tokoh ulama Tuan Guru Baba Ismail
Pertemuan bersama tokoh ulama Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al Fathoni berlangsung penuh mesra dalam bulan Syawal yang penuh berkah.
Alhamdulillah Tuan Guru sudi memimpin program Talaqqi Kitab Ihya’ Ulumuddin sempena Festival Turath Islami Selangor yang akan berlangsung dari 20hb hingga 25hb Mei 2023 di Shah Alam.
Festival ini bakal menjadi medan perbincangan dan penghayatan tentang kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, karya Al-Ghazali, sekaligus menandakan permulaan terjemahan 10 jilid kitab tersebut buat kali pertamanya dalam Bahasa Melayu. Program ini turut akan diserikan dengan kehadiran para tokoh ulama dan umara dari Mesir dan Asia Tenggara, Insya-Allah