Inisiatif

Peristiwa
7/8/24

Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar Selangor

Buat julung-julung kalinya, telah diadakan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar Selangor yang melibatkan seramai 5,300 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah serta agensi dan badan kerajaan dan bukan kerajaan negeri Selangor.

Badan beruniform merupakan salah satu pilihan yang telah diwujudkan dalam sistem pendidikan di negara ini sejak sekian lama. Penglibatan aktif pelajar dalam badan beruniform di peringkat sekolah bukan hanya untuk mengisi masa lapang, tetapi juga dapat memperkukuhkan disiplin, jati diri dan kepimpinan pelajar dalam mempersiapkan mereka untuk menempuh masa depan.

Penerapan disiplin dalam unit beruniform amat penting dalam menggapai kejayaan dan mereka ini adalah individu yang akan sentiasa patuh kepada peraturan dan tidak akan membelakangi undang-undang negara.

Insya-Allah, saya pasti anak-anak ini akan dapat memanfaatkan penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum dan akan menggunapakai kemahiran yang mereka pelajari untuk membantu masyarakat dan menyumbang jasa kepada komuniti.

@amirudinshari Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar Selangor. #KitaSelangor ♬ original sound - Amirudin Shari

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.