Perkampungan terawal masyarakat India di Selangor
Kampung Indian Settlement, Batu Caves adalah merupakan antara perkampungan terawal masyarakat India di Selangor.
Sejak 2008, saya sentiasa berkunjung dan bertemu para penduduk di sini. Pelbagai aktiviti dan program kami laksanakan bersama-sama.
Inilah elemen perpaduan dalam kehidupan rakyat di Negeri Selangor. Kami hidup aman harmoni, mengamalkan kepercayaan masing-masing dan menghormati agama yang lain.
Perpaduan ini yang akan dirobek dan dimusnahkan oleh agen perpecahan. Mereka meniupkan kebencian antara satu sama lain. Mereka tidak ada idea utk membangunkan negeri ini. Hanya tahu copy paste dan tiru idea orang. Perikatan Nasional ini tiada tempat di bumi Selangor yang berdaulat.
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor