Inisiatif

Peristiwa
3/11/23

Perasmian Supercharger Tesla yang pertama di Selangor

Saya telah merasmikan Supercharger Tesla yang pertama di Selangor yang terletak berhampiran pintu masuk utama pusat beli-belah Sunway Pyramid. Sebanyak 4 set Supercharger disediakan kepada pemandu-pemandu Tesla terutamanya.

Kini terdapat 16 Supercharger di Malaysia dan jumlah itu akan meningkat tidak lama lagi kerana terdapat empat lagi Pengecas Super dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi di Outlet Freeport A’Famosa di Melaka. Dengan kelajuan pengecasan puncak 250kW, Supercharger ini membolehkan Tesla Model 3 memperoleh jarak sehingga 282km dalam masa 15 minit.

Saya juga berkesempatan untuk memandu sendiri Tesla Model 3, satu pengalaman yang menarik. Diharapkan dengan penyediaan lebih banyak Supercharger untuk kenderaan elektrik seperti ini akan meningkatkan penggunaan kereta dan kenderaan elektrik dalam usaha kita sebagai alternatif rendah karbon.

Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan dalam mengalakkan penggunaan ‘Electric Vehicle’ ini sebagai sebahagian dari usaha meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

#MalaysiaMADANI

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.