Inisiatif

Peristiwa
2/3/24

Penutupan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1445H/ 2024M

DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan Penutupan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1445H/ 2024M bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Program yang telah berlangsung selama 4 hari berturut-turut bermula 27 Februari 2024. Seramai 36 peserta menyertai Hafazan Al-Quran manakala 8 qari dan 4 qariah bagi Tilawah Al-Quran.

Tahniah diucapkan kepada pemenang, Megat Mohammed Atiffalah Megat Mohammed Afiq dan Nor Ruzana Natiah Jaafar masing-masing johan keseluruhan Hafazan dan Tilawah al-Quran yang akan mewakili negeri Selangor ke Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445H/2024M yang dijadualkan akan berlangsung di Negeri Pahang.

Insya-Allah, semoga usaha kerajaan negeri dalam menyuburkan syiar islam ini memberi keberkatan di bumi Selangor Darul Ehsan.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.