Penempatan pelajar Selangor di Kaherah, Mesir
Meninjau cadangan tapak dan pembangunan penempatan pelajar Selangor di Kaherah, Mesir. Insya-Allah Kerajaan Negeri Selangor akan berikhtiar bersama-sama agensi lain seperti JAIS bagi membangunkan asrama buat manfaat anak-anak Selangor yang menuntut ilmu di Mesir.
Kita cakna dan prihatin akan kebajikan para mahasiswa Selangor kerana merekalah masa depan yang akan memimpin negeri ini, Insya-Allah.


