Pemergian seorang tokoh pendidikan, Allahyarham Tan Sri Rahman Arshad
Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun.
Hiba dan pilu menerima berita pemergian Allahyarham Tan Sri Rahman Arshad, tokoh pendidikan negara. Allahyarham yang merupakan mantan Ketua Pengarah Pendidikan serta Pro Canselor Universiti Teknologi MARA adalah sosok yang sinonim dengan pembangunan sektor pendidikan di Malaysia.
Satu kehilangan yang besar kepada bidang pendidikan terutamanya warga pendidik tanah air. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham atas kehilangan ini.