Inisiatif

Peristiwa
11/11/22

Pembentangan ’Deklarasi Gombak Bermaruah : 5 Tekad untuk 5 Tahun

Semalam (10 November)  saya telah membentangkan ’Deklarasi Gombak Bermaruah : 5 Tekad untuk 5 Tahun’ yang merupakan tawaran saya kepada pengundi di Gombak.

Deklarasi ini meliputi aspek penting seperti berikut :

1. Ekonomi Tempatan Nadi Gombak

2. Rumah Mampu Milik Gombak

3. Infrastruktur Mampan, Selesa, dan Berdaya Tahan

4. Pendidikan dan Pekerjaan Bermaruah, Kunci kepada Taraf Hidup Lebih

Berkualiti

5. Peranan Saksama Negeri dalam Memajukan Negara Tercinta

Saya turut menyatakan tekad akan menyumbang gaji saya sebagai Ahli Parlimen sekiranya saya menang dan masih memegang jawatan dalam pentadbiran negeri Selangor.

Saya turut berhasrat untuk menyelesaikan isu-isu tempatan yang tergendala dan tertangguh. Deklarasi Gombak Bermaruah ini lahir dari pandangan dan cadangan penduduk Gombak yang saya terima menerusi pertemuan dan pelbagai program yang dilaksanakan.

Ayuh, menuju Gombak Bermaruah !

#GombakBermaruah

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.