Inisiatif

Peristiwa
14/6/23

Pelancaran Pelan Tindakan Strategik Pendidikan Negeri Selangor

Hari yang penuh bersejarah dengan pelancaran Pelan Tindakan Strategik Pendidikan Negeri Selangor pada ulang tahun ke-52 Yayasan Selangor.

Pelan ini berhasrat membina generasi muda yang berwawasan dan berdaya saing dan bermutu tinggi.

Cabaran baharu dunia seperti perubahan iklim, kepadatan penduduk, kesenjangan pembangunan dapat diatasi dengan kaedah dan fokus baharu sistem pendidikan. Cabaran ini harus mendorong generasi muda untuk lebih aktif dalam menentukan masa depan negara dan dunia.

Ini adalah detik yang amat bermakna kerana sektor pendidikan adalah keutamaan Kerajaan Negeri Selangor untuk membina generasi modal insan berkualiti di Selangor.

Saya ucapkan tahniah atas pemeteraian memorandum persefahaman antara Yayasan Selangor dan Yayasan TM, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang akan meningkatkan literasi pengurusan kewangan dalam kalangan generasi muda Selangor.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.